Ahad, 30 Oktober 2016

Masa trading Forex

asaran matawang tidak akan pernah berhenti selagi duit masih diguna pakai. Walaupun Forex berjalan 24/7, tetapi anda hanya boleh trade dari hari Isnin hingga Jumaat sahaja (5 hari). Ini disebabkan oleh broker tutup pada hujung minggu, termasuk hari cuti umum. Jadi hanya 20 hari sahaja anda boleh trade dalam setiap bulan.
Dalam sehari bukan sepanjang waktu market aktif. Ada waktu rancak, ada waktu perlahan. Dalam gambar di bawah menunjukkan 4 sesi utama ekonomi dunia. Sesi London & New York paling aktif. Dalam dua sesi tersebut ada pula jam paling aktif, iaitu waktu overlap (pertembungan), maksudnya kedua-dua sesi London & New York sedang aktif. Sesi pasaran dapat digunakan sebagai panduan untuk mengetahui matawang mana yang banyak didagangkan.
http://www.forexmarkethours.com/
Waktu siang dan malam yang berbeza mempengaruhi waktu rancak ekonomi negara-negara tersebut. Pertengahan minggu (Selasa, Rabu dan Khamis) adalah hari paling aktif. Kebiasaannya hari Isnin adalah paling perlahan, mungkin faktor baru mula bekerja. Mood bercuti belum habis lagi. Hari Jumaat paling susah untuk dijangka kerana ia adalah hari terakhir dalam setiap minggu dan trader lebih cenderung untuk menutup posisi masing-masing pada hari tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan